music of life

Tuesday, June 28, 2011

choices...

Di dalam kehidupan kita sering berhadapan dengan pelbagai pilihan. Kita seringkali takut untuk membuat keputusan kerna takut kan ter salah pilihan.

Namun pilihan itu adalah sesuatu yang mesti di buat kerana keputusan mesti di buat yang kadang kala mesti dibuat dalam beberapa milisaat yang mencabar kredibiliti seseorang terutama apabila menanggung tanggungjawab yang berat di atas pundak mereka.

Pilihan yang sering kali kuhadapi bukan sahaja dari aspek seorang pelajar, namun turut merangkumi kapasiti sebagai seorang peminpin, anak, abang, penasihat, motivator, rakan serta kekasih. walau seringkali terpaksa membuat keputusan yang sukar diantara peribadi dan profession yang masing-masing menuntut perhatian dan adakalanya terpaksa melepas dan mengecewakan sebelah pihak kerana terpaksa memberi prioriti yang lebih kepada sebelah pihak lagi.

Stress akan terjadi pabila pihak yang di kecewakan enggan memahami kesukaran dan sebab dan musabab mengapa sesuatu keputusan itu terpaksa di buat sebegitu. Perkara ini amat serius sehingga kita mungkin akan kerugian samada dari aspek kewangan atau dari aspek personal dan professionalism.

Pertimbangan yang rasional serta maklumat yang mencukupi serta pengalaman yang luas akan amat membantu dalam membuat keputusan kerana setiap keputusan yang di buat mempunyai kesan dan impak yang berbeza samada kepada diri sendiri dan juga pihak-pihak yang terlibat.


Antara sifat yang tidak sepatutnya terlibat didalam membuat sesuatu keputusan adalah unsur-unsur berat sebelah, egoistik, mementingkan diri serta tidak menjaga kemaslahatan semua pihak serta tidak memikirkan kesan dalam jangka masa panjang.

Perkara-perkara seperti ini yang menjadi kayu pengukur dalam menilai kredibiliti seseorang terutama di dalam pemilihan seorang peminpin mahupun pengikut. Kejujuran dan menjaga kepentingan semua serta mengambil kira kesan dalam jangka masa pendek dan panjang adalah antara ciri-ciri yang perlu ada di dalam diri seseorang pabila membuat keputusan. Serta menjadi seorang peminpin yang baik.