IT'S WHAT I FEEL AND I TURN IT INTO TEXT CAUSE I WANT TO SHARE IT WITH THE WORLD...
Saturday, May 12, 2012
KENAPA AKU BEGITU???
Adakala didalam kita melakukan sesuatu kita kan terpana seketika, dan tertanya mengapa? kenapa? kita melakukan sesuatu perkara itu..
adakah kita melakukan sesuatu itu kerana kita mahu melakukannya atau kerana kita terpaksa secara langsung atau secara tak langsung untuk melakukannya..
Pada pengamatan saya, ini adalah perkara biasa yang kita lalui di dalam kehidupan. Mungkin ia adalah petanda untuk kita mula berubah dan menjadi lebih baik, berhijrah atau menukar rutin yang kita lakukan itu, dan mula melakukan perkara2 yang kita mahu lakukan dan suka melakukannya.
mungkin sukar pabila ia melibatkan kewangan. Namun dengan perancangan yang rapi berserta persediaan yang cukup, pasti perkara yang di usahakan akan bertemu destini kejayaan.
Adakala saya merasakan ingin pergi berkelana tanpa perlu memikirkan kemana arah tujunya...Menjadi pengembara...menjadi perantau.. Ingin sekali saya mengenali dunia ini dengan lebih baik dan lebih terperinci lagi. Memang saya seorang yang suka memandang dan menganalisa sikap manusia, tabiat manusia, perilaku dan pemikiran manusia.
Kerana melalui pemerhatian itu dapat ku pelajari banyak perkara dan dapat ku kenali diriku dengan lebih baik. Menginsafi dan memuhasabah diri agar sentiasa memperbaiki diri...
Adakala aku di sangka si sombong..si dungu.. dan juga si penyibuk.. kerana sikap ku yang suka duduk sunyi dalam hiruk pikuk ramai.. Namun itulah caranya aku mengenali kehidupan ini dengan lebih baik dan juga mengenali diriku dengan lebih baik.
Subscribe to:
Comments (Atom)