Mungkin benar kadangkala ada yg mengatakan aku ini anti wanita atau tak suka pada wanita. tapi itu sama sekali tidak benar kerana aku senang sekali dengan wanita, malah teman-teman rapatku jua adalah wanita. mungkin mereka berkata begitu kerana sifat ku yang agak sukar untuk mendekati wanita kerana aku tidak tahu apakah pendekatan yang perlu ku ambil untuk mendekati kaum hawa ini.
Memang aku adam yg membenci wanita, mereka yang hipokrit dan tidak tahumenghargai diri mereka sendiri amatlah aku benci. mereka sanggup memberikan maruah dan mahkota seorang wanita kepada kekasih mereka hanya dengan kata pujuk dan ugutan bodoh si lelaki, "kita berpisah kalau sayang tak nak buat...". betapa bodohnya wanita sebegini yang menyerah diri kepada lelaki yang sebegitu.
Wahai wanita! aku ini seorang lelaki yang merayu kepada kamu semua hargailah diri kamu jangan dipersiakan mahkota mu. tidakkah kau sedar betapa tak ternilainya dirimu biar digadai bumi ini takkan mungkin menyamai nilai dirimu itu.
Janganlah kau jadi buta kerana cinta. janganlah kau di butakan oleh kata manis janji setia si jejaka.kerana lidah dan bibir bisa mengukir berjuta kata cinta dan setia. aku ini lelaki, dan ku katakan disini biar seorang abid di zaman silam bisa tumbang memperkosa wanita kerana hasutan syaitan durjana, ini apakan lagi kebanyakan kami yang hanya manusia biasa, yang amal wajib entah sempurna entahkan tidak. yang solatnya kadangkala di penghujung waktu... terlalu lemah benteng kami ini untuk menahan nafsu terhadap dirimu.
Wahai wanita...kamu itu hiasan terindah di dunia. di jadikan dari tulang rusuk si lelaki,tempat mu dekat di hati untuk di sayangi, dekat di dada untuk dilindungi, untuk di belai dengan jutaan kasih sayang yang di simpulkan dalam satu kata bergelar "cinta". kata yang padaku perlu di pelihara kemurnian-nya agar tidak menjadi kata nista bagi mereka yang benar-benar menyinta.
Wahai wanita! diriku merayu padamu semua... jagalah dirimu... jagalah auratmu... jagalah adabmu... jadilah wanita solehah idaman syurga... kerna kau pasti kan berbahagia...
Wahai wanita! ku merayu lagi padamu semua... janganlah jadi diantara golongan wanita yang ku benci...tolonglah ku merayu dengan penuh rasa kasih padamu wahai kaum hawa... kau anugerah tiada ternilai kurniaan NYA...