Mutiara cinta ialah percaya,
Menyinari dunia percintaan,
Dari saat ia bermula hingga ke titik noktahnya,
Tanpa nya musnahlah mahligai yang di bina…
Cinta takkan sunyi dari ketawa,
Cinta takkan terpisah dari air mata,
Keduanya asam garam dalam bercinta,
Menjadi lumrah perjalanan kembara para pecinta…
Bahagia menjadi matlamat cinta,
Duka menjadi racun cinta terbina,
Saling yakin peneguh mahligai terbina,
Saling ragu gempa pemecah cinta…
Ikhlas itu utama,
Kasih itu sulamannya,
Iman menjadi terasnya,
Kesucian cinta wajib di pelihara…
Insan menjadi pecinta,
Di duga dengan nafsu yang menyala,
Taqwa menjadi kubu bentengan,
Agar kesucian cinta dibina terpelihara…
Cinta anugerah ILLAHI,
Buat seluruh umat manusia,
Pengikat antara Pencipta dengan hambaNya,
Pengikat antara hamba-hambanya,
Penyatu diantara pelbagai bangsa dan keturunan,
Dibawah panji kebesaran islam…
Ya ALLAH…
Kurniakan kami rahmat MU,
Limpahi kami dengan barakah MU,
Satukan kami dibawah cinta MU,
CINTA SUCI KEPADAMU ILLAHI…
AMIN…
No comments:
Post a Comment