Hidup memang tak selalu bahgia. Bulan February sepatutnya menjadi bulan yang paling menggembirakan buatku. Namun tidak bagi tahun 2011 ini. Pelbagai kekecewaan, kelukaan, cabaran dan pengalaman aku lalui yang tidak pernah aku terfikir akan aku pernah lalui. Bermula dengan cabaran menjadi calon dalam pilihan raya kampus mengajar aku banyak perkara yang boleh aku simpulkan bukan mudah nak menjadi MPP UiTM Shah alam.
Kemudian hatiku dilukai sedalamnya sehingga hampir terbelah dua oleh orang yang telah ku berikan hati dan perasaan ku padanya. Lama ku berjuang dan bertahan akhirnya perpisahan yang dia pintakan. Saban waktu aku tidak henti memikirkan tentang dirinya, dengan sebegitu mudah dia meminta perpisahan. Walau dalam kesibukan menyediakan diri menjadi calon PRK aku tetap tak bisa melupakan dari memikirkan tentang dirinya. Mungkin aku yang bodoh kerana terlalu mencintai dia, atau aku terlalu mengharapkan cintanya. Salahkah aku jika aku begitu? Sedang dahulu dia yang menghulurkan cinta padaku lalu ku sambut mesra, ku berikan hatiku yang sekian lama ku biar sepi untuk dia bahagiakan namun akhirnya sekali lagi aku di lukai oleh wanita.
Sudahlah begitu, dalam PRK ketika berkempen semua yang ku harap hilang dengan pelbagai alas an. Terduduk aku sendirian di tangga fakulti bersama ratusan poster diriku yang memang lewat ku untuk bermula menampal poster iaitu pada petang 20 februari, tika itu tanpa ku menduga dua insane yang ku baru kenali sanggup turun ke fakulti walau dengan fizikal yang letih malah mereka juga adalah calon dalam PRK ini namun sanggup bersusah payah berkorban masa membantu ku menggantung dan menampal poster sehingga jam 7 petang. Terima kasih Zila & Qila. Pada tanggal 21 februari para calon PRK FPP mengadakan rapat umum di foyer fakulti undang2. Tanpa berfikir panjang aku menawar menbantu urusetia(SMF) untuk menjadi MC kerana beberapa sebab. Menjadi pengalaman baru buatku mengendalikan rapat umum seperti ini. Namun amat mengecewakan bagiku kerana sambutan dari para pelajar amat dingin. Inilah masalah para mahasiswa masa kini, tidak mahu ambil pusing hal2 semasa di sekeliling mereka.
Pada 22 februari malamnya pengumuman keputusan PRK, juga aku telah tewas pada calon lain. Walau aku tidak meletak harapan yang besar untuk menang namun aku tetap terkesan akannya. Pulang dengan kehampaan aku hanyut dalam lautan fikiran ku sendiri sepanjang perjalanan pulang ku itu.
2 hari kemuadian aku sekali lagi di uji dengan kemalangan yang menimpa diri ku pada petang 24 februari 2011, walau kecederaanku tidaklah serius namun ia menambahkan kedukaan hati ku yang telah terluka parah ini.
Pada 26 februari aku pergi ke taman rimba Tekala di Hulu Langat untuk program di bawah salah satu subjek ku. Terima kasih ku ucap pada semua, walau kalian tak mengerti beban di hati ini namun sekurangnya kalian bisa membuat aku tersenyum tika bersama kalian semua.
27 februari, selamat hari lahir buat diriku. Seawal 7.45 pagi aku keluar rumah menuju kampus untuk menghadiri PPKP. Walau sebenarnya aku telah mendapat pelepasan dari mengikutinya, namun entah mengapa hatiku kuat untuk pergi. Sepanjang modul itu walau ku merasakan kurang meriah, namun pengisian dari modul itu tidak dapat ku nafikan memang memberi kesan yang mendalam pada diriku. Selesai modul aku menuju ke perpustakaan dan menggunakan computer di situ aku mengakses FB ku untuk melihat sama ada sesiapa mengucap selamat padaku sempena hari lahir ku. Tidak mengecewakan memang penuh inboxku dengan ucapan dari ramai rakan-rakanku. Setelah itu, seperti hari2 lahirku yang sebelum ini tak siapa benar mengambil peduli, lalu aku memandu ke Giant seksyen 13 untuk membeli sesuatu untuk diriku sendiri. Memang ada dalam otak ku untuk membeli sebuah non-woven wardrobe kerana sukar bagiku pabila tiada almari untuk ku menggantung pakaian. Lagipun kak su sudah bising pasal bilik aku selalu bersepah dengan bajuku di sana sini. Tiba di sana aku terus menuju kebahagian perabot, yang sesuai dengan rekabentuk dan harga aku ambil dan juga aku membeli sebuah utility shelf. Setelah itu aku menuju ke bahagian bakeri, sekali lagi entah mengapa aku lansung tak membeli sabarang pastry atau bakeri yang mana bukan kebiasaanku begitu. Lalu aku emandu pulang ke rumah.
Tiap kali hari lahirku begitulah memang tiada sebarang sambutan. Pernah adapun adalah sewaktu hari lahirku yang ke 18 itupun atas opsyen sendiri. Tiada siapa yang benar-benar peduli. Namun aku sudah lali dengan perkara itu kerana aku sedar aku bukan sesiapa pada sesiapa pun di dunia ini. Pabila aku di perlu, aku di cari. Pabila tiada perlu pada diriku, tiada siapa peduli. Umpama tebu, habis manis sepah di buang. Itulah diriku pada mereka di sekelilingku.
Di waktu ini aku terlalu merasa sepi dan sunyi. Ingin aku lari pergi, namun ku tiada destinasi. Lalu kucoretkan disini. Bukan untuk ku meminta simpati, namun hanyalah luahan hati. Kerana tiada siapa sudi mendengar, lalu di papan kekunci ini aku menzahir rasa, InsyaAllah terkurang beban di jiwa dengan izin yang Maha Esa.
Esok adalah hari baru, ada beberapa tugasan aku perlu selesaikan. Semoga aku masih di beri kesempatan dan kekuatan untuk terus bernafas dan menyelesaikan tanggunjawabku. Sekiranya Allah menetapkan sudah sampai waktu akhirku di dunia ini, ku memohon ampun dan maaf pada keluargaku, rakan-rakanku dan seluruh umat Islam kerana tebu ini tiada lagi manis hendak di beri, hanya ku minta sepah ini diurus sewajarnya untuk bertemu yang Maha Esa.
Ya Allah...
Ampunilah hambamu ini. Ku bersyukur atas segala nikmat yang Kau beri. Atas segala kesempatan yang Kau kurniai. Terima kasih atas segalanya ya Allah. Sekiranya telah tiba masaku bertemu Mu. Izinkan aku persiapkan diriku sebaiknya untuk bertemu Mu. Izinkan aku ya Allah untuk menghembuskan nafas terakhirku dalam keadaan bertaubat dan bersyukur pada Mu... izinkan ku mati seperti wafatnya para anbiya dan ulama’...
Amin... ya Rabbal Alamin...