hidup kadang kala umpama ombak di pantai California, adakala bagai di Hawaii. walau sukar untuk meluncur atau untuk menempuh ombak sedemikian tetap kita teruskan kerana begitulah kehidupan ini. walau pelbagai cabaran dan dugaan yang kadang kala tak pernah terfikir di benak fikiran, kita tetap terus melangkah tanpa rasa sangsi walau kadangkala teramat ragu namun kita kan tetap melangkah kerana kita tahu kehidupan tidak boleh berhenti hanya kerana ada halangan yang kita hadapi. begitulah kita sebagai manusia tetap teguh dan melangkah meneruskan kehidupan ini.
kadangkala kita berdepan dengan pilihan. yang mana amat sukar utk kita membuat pilihan kerana pilihan2 itu kita mahukan semua atau tiada satupun yang kita mahukan. namun kita tetap membuat pilihan kerana begitulah sikap manusia.
ingatlah walau sejauh mana kita melangkah, walau setinggi mana kita daki..ingatlah apabila ada halangan yang kita hadapi, ingatlah ALLAH sentiasa ada utk kita bergantung harapan dan utk kita berdoa dan bermohon agar di permudah kan akan urusan2 kita seharian.. InsyaALLAH akan di perkenan doa kita itu selagi iman bertakhta di hati dan bukan nafsu merajai nya...
WALLAHUALAM... yang baik itu dari ALLAH, kekurangan dan kesilapan itu dari diri ini sendiri...

No comments:
Post a Comment