Teman, bisa mengorbankan diri demi temannya yang lain. Tapi di zaman kini sukar untuk kita mengetahui siapa kah teman yang sanggup berkorban demi kita. Sukar untuk mencari teman yang sehati dan sejiwa kerana kebanykan dari mereka teman yang setia di kala senang dan orang asing di waktu kita kesusahan.
Ada juga teman yang sanggup memburukkan teman nya yang lain demi kebaikan diri sendiri. Wajarkah insan sebegini di gelar teman dan mencemarkan erti sebuah teman?
Jika anda tanyakan pada diri saya; adakah saya mempunyai teman?
Jawapanya ialah; ya saya mempunyai teman tetapi saya tidak pernah menanggap sebagai teman baik atau sahabat baik tetapi mereka hanya teman saya yang saya kenali dan agak rapat.
Saya mempunyai beberapa pengalaman pahit berkenaan kisah teman. Dahulunya saya percaya kepada istilah ‘sahabat@teman baik’, tetapi tidak lagi kini. Saya pernah di tikam dari belakang dari seseorang yang kami telah berikrar sebagai teman baik hanya kerana kehadiran seorang perempuan. Saya juga pernah dipersalahkan teman rapat saya sendiri atas sesuatu yang tidak saya ketahui puncanya.
Kini saya telah terbisaa dengan hidup bersendirian tanpa teman. Ini mungkin kerana saya tidak mempunyai social skill yang baik yang berpunca dari cara hidup saya dari sejak waktu kecil. Sejak kecil saya seorang yang amat ruwet dalam memilih teman. Jika saya merasakan seseorang itu akan membawa pengaruh negative pada diri saya, saya akan menjauhkan diri dari mereka. Disebabkan itu saya tidak mempunyai ramai teman yang rapat. Dan juga kerana telah menjadi cara hidup ketika masih di sekolah itu sebelum pergi kesekolah saya akan menolong emak di warung dan pulang dari sekolah terus membantu ibu dan ayah sehingga ke larut malam,yangmemuat saya tidak mempunyai untuk bersiar dengan teman-teman sekolah kerana masa harian saya hanyalah sekolah dan warung. Inilah gaya hidup saya sehingga Jun 2007, kerana pada Julai berikutnya saya telah melangkah kealam universiti.
Saya tidak pernah kesalkan akan masa silam saya malahan saya bersyukur akannya. Ia membuat saya tidak terpengaruh dengan budaya remaja yang negative, dan telah merasa keperitan hidup yang membuat saya lebih berazam untuk mengubah masa depan saya menjadi lebih baik.
Tidak ada siapa yang pernah mengatakan kehidupan di university ini mudah. Menjadi orang yang tidak pandai bersosial seperti saya membuatkan orang memikirkan saya sombong. Cara pemikiran yang rumit dan kompleks membuatkan orang tidak dapat memahami apa yang saya cuba sampaikan dan apa yang saya fikirkan. Perkara ini sering membuat orang lain tersalah anggap akan maksud diri ini. Tambahan pula ada sekumpulan manusia yang tidak menyukai diri ini yang suka membuat segala perkara sendirian. Di marah kerana tidak tegas dalam memberi arahan. Sedang diri ini tidak suka dipaksa dan tidak suka memaksa kerana paksaan tidak pernah membawa kebaikan tetapi lebih menngundang kebencian manusia terhadap diri ini.
Sukar untuk membuat manusia faham akan diri ini dan akhirnya saya membuat keputusan untuk sekadar tidak mengendahkan semua itu dan hanya menumpukan perhatian pada pembelajaran dan saya boleh katakan yang saya bagus didalam itu.
Biarlah apa yang mereka ingin fikirkan tentang diri ini, apa yang saya tahu hanyalah saya mahukan kejayaan dan saya tahu apakah keutamaan saya di university ini. Pemikiran dan anggapan mereka tidak akan memberi impak pada saya kerana mereka tidak mengenali siapakah diri ini sebenarnya. Dan hanya ALLAH yang menetahui kebenaran dan kepalsuan segala sesuatu dan setiap yang berlaku samada baik atau buruk pasti ada hikmah di sebaliknya kerana itu janji ALLAH kepada kita dan sesungguhnya Dia-lah yang berkuasa atas segala sesuatu…
Sekian untuk kali ini, terima kasih kerana sudi membaca.
2-1-1,Kolej mutiara, 18 feb ’09, 8.02am.
No comments:
Post a Comment