music of life

Monday, February 09, 2009

suatu renungan pemikiran

ASSALAMUALAIKUM...bertemu lagi kita...
ada satu renungan lagi yang ingin saya kongsikan dengan semua walau tak ramai yang melawat blog saya ni...
Mungkin tak semua orang perasan akan apa yang berlaku di sekeliling kita. walaupun kadang kala perkara itu begitu dekat dengan kita atau malah mungkin jua berkaitan dengan diri kita sendiri.
Begitulah manusia sepertimana yang telah dinyatakan di dalam surah al-ikhlas bahawa sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. mungkin apayang dinyatakan didalam surah itu ialah "demi masa..." tetapi sekiranya kita fikirkan kembali dari atas asbab kerugian masa tadi kita telah kerugian pelbagai perkara termasuklah wang,ilmu,cinta,kawan,malahan nyawa sekalipun dan pelbagai lagi perkara tanpa kita sedari.
Tanpa kita sedar (walau sedar tapi sering di abaikan...)masa itu amat berharga, ada perumpamaan yang memberikan nilai masa itu umpama emas, tapi jika difikirkan dengan lebih telus ia terlalu jauh lebih tinggi nilainya dari emas. andai ketika saya menulis blog ini saya sedang berurusan dengan seorang pedagang dari timur tengah misalnya,mungkin urusan perdagangan itu akan membawa keuntungan kepada saya yang bernilai jutaan ringgit.. di sini ia terbukti dengan masa yang kita habiskan membuat sesuatu perkara kita sebenarnya telah melepaskan peluang untuk membuat perkara lain dengan masa yang sama.
Cuba anda fikirkan, jika ada seorang pelajar yang tersangat malas. di hujung minggunya hanya ada tidur, jaganya hanya untuk makan atau keluar bersiar-siar daripada sepatutnya dia mengulangkaji pelajarannya. atas sebab itu dia tidak mendapat keputusan yang cemerlang didalam peperiksaan contohnya peperiksaan SPM, lalu kerugian besarnya yang pertama ialah kegagalan untuk melanjutkan pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi. dan atas sebab tidak dapat melanjutkan pelajaran dia telah terlepas peuang untuk mendapat pekerjaan yang menawarkan gaji lumayan dan hidup yang selesa. bayangkan berapa nilai kerugian pelajar itu tadi bermula dari detik dia bermalas-malasan ketika di bangku sekolah dahulu hingga ke akhir hayatnya.. atas sebab yang sekecil itu kita bisa kerugian begitu banyak. hanya kerana masa yang di bazirkan tanpa di manfaatkan ketika dia masih mampu mencorak masa depan cemerlang dan cerah untuk dirinya.
Di kalangan pelajar universiti apa yang sering berlaku ialah masa di bazirkan untuk perkara-perkara yang lagha atau sia-sia. contohnya keluar ke pusat-pusat membeli belah dari tengahari hingga lewat senja. paginya sebelum itu diisikan dengan tidur hingga hilang rasa tanggungjawab pada yang Maha Esa iaitu untuk bersolat. bagi yang bercinta bukan setakat masa yang dibazirkan untuk bercinta malah wang juga turut di bazirkan. wang pinjaman pendidikan di bazirkan untuk menyara kekasihnya, sedangkan keluarganya sanggup mengikat perut demi mengirim wang kepadanya kerana dalam masa sebulan semester/penggal bermula wang pinjaman/biasiswa telah habis di belanjakan.
Itu tidak termasuk lagi pelajar-pelajar yang ketagih permainan video,hampir setiap saat yang dia miliki di habiskan di dunia virtualitinya. sehinga kadang kala sanggup untuk ponteng kelas untuk terus bermain atau tidak mampu ke kelas kerana tidur yang tidak cukup oleh kerana terlalu ayik bermain permainan video itu tadi...

semua perkara ini tanpa kita sedar atau tidak ia berlaku dan sedang berterusan. malah ada yang hanyut lebih jauh lagi hingga sukar untuk mencari jalan pulang. bersama kita saling ingat mengingati, tegur-menegur agar bersama kita beroleh jaya dan keredhaan yang Maha ESA...

Alhamdulillah...cukuplah renungan kita untuk kali ini. terima kasih kepada semua rakan yang telah memberi idea dan ilham untuk menulis renungan ini walau secara tidak lansu7ng sumbangan mereka. bersamala kita renungkan samada kita menggunakan masa kita dengan sebaik-baiknya atau selama ini kita hanya mensiakan nikmat masa yang di beri kepada kita... ingatlah kita di duinia ini hanya sementara... gunakan lah kesempatan yang ada dengan sebaiknya..

10/2/09:perpustakaan komputer, uitmpp

No comments: